Khamis, 5 Mac 2009

Mana yang patut di dahulukan? Fizikal Gold? GIA? Unit trust? ASB?

Semua sedia maklum bahawa kepentingan menyimpan emas dari sekarang. Emas adalah logam mulia dan matawang sunnah. Kite kembalilah kepada Islam keseluruhannya.
Hadis dari Rasulullullah:
Akan tiba suatu masa nanti tiada benda yang lebih bernilai melainkan emas dan perak sahaja.
Riwayat Imam Ahmad

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, kita seharusnya sedar akan kepentingan untuk memelihara (protect) harta kita. Salah satu cara yang paling bagus ialah dengan menukarkan sebahagian asset kewangan kita dengan logam Emas dan Perak.

Sekarang ni banyak alternatif-alternatif yang boleh di perolehi bagi memulakan perlaburan di dalam emas ini. Anda mempunyai pilihan samada anda ingin menyimpan dalam bentuk emas fizikal gold bar ataupun dalam bentuk pelaburan GIA (Gold Investment Account by Public Bank)
Tetapi, mesti ada yang tertanya-tanya, adakah gold bar ataupun GIA?

Bagi pandangan pribadi saya, dalam keadaan ekonomi yang serba yang tidak menentu ini, kita simpanlah emas berbentuk fizikal dahulu sebagai langkah protect our wealth. Bukan tak boleh untuk melabur dalam GIA ni, boleh..but saya rasa..masanya kurang sesuai. Sorry kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ni. Kenapa saya katakan ia tidak sesuai? Ok..mcm gini.

Masa first time saya nak buka account GIA pada bulan October dahulu saya ada bertanya kepada customer service pasal account GIA ni. Saya ada tanya, adakah account GIA ni di insurancekan oleh PIDM sekiranya bank mengalami kegagalan? Jawapan yg diberikan adalah TIDAK. Tu yang buat saya terfikir juga. Jadi saya buat consclusion bahawa, GIA ni hanya sesuai bila dalam keadaan ekonomi pulih.

Jadi takder risiko yg besar perlu ditanggung. Bukan apa, memang Malaysia belum lagi terasa sangat bahang recession yang berlaku, tetapi pakar-pakar ekonomi negara kita meramalkan bahwa Malaysia akan mengalami tempias recession ini pada suku ketiga tahun ini. Recession pada kali ini akan lebih lama lagi. Sedangkan Lehman Brother dan AIG leh runtuh di Amerika, inikan pula perbankan di Malaysia. Ini cuma pandangan pribadi saya.
Jadi kalau anda mintak pandangan saya, saya akan katakan go for physical gold first then GIA then Islamic Unit trust.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan