Wang diwujudkan melalui dua cara :
1. Wang diwujudkan melalui pinjaman dan membelanjakannya.Fractional Reserve Banking. (Money is literally borrowed and spent into existence.)
2. Wang dicetak atas kertas kosong tanpa sandaran apa - apa oleh Federal Reserve.
Federal Reserve memiliki kuasa :
a) Menentukan kadar faedah.
b) Membeli aset – aset seperti hutang kerajaan (government debt) dengan wang kertas baru yang dicetak.
Apabila kadar faedah berada dalam tahap yang sangat rendah , ia akan mengalakkan korporat dan individu berbelanja.
Majoriti wang yang diwujudkan datang dari pinjaman dan perbelanjaan sektor swasta dan individu.
Wang tunai ( cash flow) 5 % , Wang elektronik ( cek, akaun dll ) 95 %.
Federal Reserve boleh mencipta wang baru hanya dengan menekan nombor pada keyboard komputer dan membeli apa sahaja aset yang mereka perlukan. Mereka boleh mencipta berapa pun jumlah wang yang diperlukan untuk menjalankan ekonomi bagi menyelesaikan hutang lama dan baru. Mereka akan mencetak wang baru kerana bagi mereka inflasi esok hari adalah lebih baik dari keruntuhan terus sistem ekonomi sekarang.
Perbendaharaan US (U.S. Treasury) berbelanja dengan US $450 Billion defisit ( belanja lebih dari aset ). Bank Pusat hanya mencetak wang itu. Secara global bank bank pusat mencetak wang baru berjumlah $800 Billion. Sebab itu Federal Reserve Governor, Ben S. Bernanke, suka menamakannya dengan wang helikopter "Helicopter Money".
40 % dari hutang perbedaharaan US (U.S. Treasury debt) dipegang oleh orang luar. Bank bank Pusat Asia memegang lebih dari US$ 1 Trillion aset US.
Apabila lebih banyak wang yang dicipta ini mengejar barangan yang sama, tidak dapat tidak mestilah berlaku inflasi.
Jumlah defisit yang besar memberi jalan kepada Bank Pusat luar mencetak wang mereka. Syarikat luar mendapatkan dollar melalui ekspot barangan mereka ke US. Bank Pusat luar mengeluarkan mata wang mereka untuk ditukarkan dengan dollar, dan dengan dollar tersebut mereka membeli hutang Perbendaharaan US (U.S. treasury debt). Mudah sahaja, wang baru pulak dicipta di negara tersebut.
Contohnya China, Bank Pusat China mencetak wang baru untuk membeli dollar. Dollar didapati dari ekspot China ke US, dollar datang dari US Treasury. Ini menyebabkan berlakunya inflasi 5% setahun di China.
Apabila US berbelanja defisit , dollar baru akan tercipta. Setiap kali dollar baru bertukar tangan ke Negara asing. Bank Pusat Negara tersebut pulak mencipta wang baru untuk ditukar dengan dollar.
Semua Negara bergantung kepada perbelajaan US.
Apabila rakyak US tidak berbelanja, seluruh dunia tidak bergerak.
Begitu besarnya pergantungan seluruh dunia kepada Amerika Syarikat !
• Sumber:www.dirham2dinar.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan