Emas merupakan mata wang abadi, cuma sedikit dari kita yang mengetahui bahwa nilai yang hakiki dari alat tukar itu sebenarnya adalah Emas. Saya teringat suatu cerita Ashabul Kahfi, cerita pemuda yang tetap istiqomah dijalan Allah yang hidup pada zaman yang dipimpin oleh raja yang zalim dan kufar, sehingga akhirnya para pemuda ini sembunyi di gua kahfi sehingga ratusan tahun, dan ketika bangun dari tidur menurut cerita wang dinar yang dibawa tidur selama ratusan tahun tetap berlaku sebagai alat tukar dizaman setelahnya.
Kata orang lama-lama, kalau menyimpan telur jangan dalam satu keranjang tetapi tempatkanlah dibeberapa keranjang. Falsafah ini menarik, karena kalaulah semua wang kita disimpan hanya dalam bentuk deposit atau tabungan maka jika terjadi inflasi maka wang kita menjadi berkurang nilainya. Jadi, kita perlulah mempelbagaikan pelaburan kita. Dengan menyimpan emas, secara tidak langsung, 'appreciated value" yang wujud setiap tahun menjadikan emas ini sebagai logam yang terpilih dan bernilai dari masa ke semasa.
Menyimpan emas ni ada keunikannya tersendiri. Orang boleh cakap, "aku boleh invest dalam hartanah, sama juga. Ia mempunyai appreciated value tersendiri juga. Setiap tahun harga hartanah akan meningkat". Saya akui ianya benar, tetapi cuba kita renungkan sejenak. Sekiranya berlaku peperangan di dalam negara kita (contoh sahaja), dan kita menjadi pelarian.
Adakah hartanah kita tu boleh kita bawak lari? Kalau emas yang seberat 100g (dimana saiznya) sebesar kotak mancis, sudah tentu kita boleh membawanya bersama kita bukan?
Fikir-fikirlah..dan mulalah menyimpan emas walaupun seberat segram sebulan. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan