Sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia sekarang sudah sedar dan sudah terbuka mata untuk meyimpan wang di dalam account pelaburan seperti ASB, ASN, ASM, Public Mutual, CIMB Wealth Advisor dan bermacam- macam lagi bentuk pelaburan bagi menjamin maa depan mereka.
Adalah tidak dinafikan bahawa tabiat ini merupakan tabiat yang amat amat digalakkan. Tabiat menabung ini telah mula di terapkan di dalam nilai hidup sejak kanak-kanak lagi. Tidak juga terlepas bagi diri aku. Aku masih ingat lagi semasa aku sejak darjah 1 lagi aku telah diterapkan nilai untuk menabung oleh ibu bapa aku. Masih segar lagi dalam ingatan aku bagaimana aku mula menyimpan duit harian persekolahan ku yang mak aku bagi tiap-tiap hari..
Aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang mewah. Boleh dikatakan keluarga sederhana sahaja.
Masih aku ingat lagi 20 tahun yang lepas aku bawak duit hanya 40sen setiap hari semasa ke sekolah. Dengan harga 40sen tu aku boleh beli macam-macam. Dengan duit 40sen tu aku boleh beli kuih karipap 10sen, 20 sen beli mee goreng atau nasi lemak dan 10 sen lagi aku simpan dalam tabung buluh yang nenek aku buatkan.. Heheh..sungguh murah..40 sen sahaja.
Tetapi bila difikirkan sekarang after 20 tahun, berapa sangat yang aku boleh sekarang dengan nilai 40sen? Cuba fikir-fikir kan kemana hilang nya nilai 40sen yang dahulunya besar?
Mungkin korang semua tertanya-tanya apa kaitannya pula denagn menyimpan emas dan menyimpan wang ?? Mana satu lebih untung?? Okay macam gini..biar aku terangkan..
Kalau korang mengikuti perkembangan emas dari tahun ke tahun, korang dapat perhatikan bahawa kenaikkan harga emas setiap tahun adalah secara puratanya 25% setiap tahun tanpa megira keadaan ekonomi..samaada meleset atau tidak...Kalau korang masih ingat lah..bagi pencinta-pencinta emas especially kaum hawa, pada tahun 2005 dahulu harga emas semasa berada pada harga 50-55rm segram. Kalau korang beli sebanyak 20gram ketika itu..baru sahaja berharga dalam RM 1,000.00. But sekarang pada tahun 2009, harga emas telah melonjak hampir 100% sehingga 100-100rm segram. Jadi anda memerlukan sebanyak RM 2000-2100 untuk membeli dengan nilai atau berat yang sama seperti 5 tahun lepas.
Jadi korang nampakkan..bagaimana interconection menyimpan emas dengan menyimpan wang?
Mana lagi untung? Saya ada satu senario yang nak suruh korang fikir-fikirkan. Okay macam gini. Let say korang ada 20g emas pada hari ni dengan harga RM 2,200.00 dan cash money RM 2,200.00. Korang simpan dalam peti besi selama sepuluh tahun. After 10 tahun, korang keluarkan..dan fikir fikirkan nilai emas korang dengan nilai duit korang? Mana satu yang bernilai dan mana satu tidak bernilai? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan