Ahad, 15 Februari 2009

Dinar Emas Kelantan dan Cepat Naik Haji? Apa Hubungkaitnye?


Dinar Emas Kelantan? Hmm mesti pernah mendengarnya bukan? Saya juga merupakan pengumpul dinar emas kelantan ni. Saya baru jer akhir tahun lepas start mengumpul dinar emas kelantan ni selain daripada menjual Gold Bar Pamp Suisse 24K.

Berat 1 dinar adalah 4.25g. Harga masa saya beli tu ialah RM426.00. But Sekarang ni harga dah naik. Korang boleh rujuk
http://www.dinarkel.com/ untuk mengetahui harga latest Dinar Kelantan ni. Kalau tak silap, harga selling price dinar kelantan hari ni adalah RM460.30.

Kalau korang nak tahulah..kalau korang menyimpan dinar start dari sekarang, korang boleh cepat gi Haji tau. Kos gi Haji dah meningkat. Okay macam ni, Kos gi haji sekarang ni dalam RM 10,000.00 hingga RM 13,000.00. Dan korang tahu, nilai emas akan naik average 25% setahun.

Okay kita buat kiraan mudah. Let say korang ada 10 keping dinar yang korang beli dengan harga RM450.00 sekeping. Jadi pengiraan nya macam gini:

1 Dinar = RM 450.00
10 Dinar= RM 4500.00
Kos tambang haji (amik average) = 10000.00
So berapa lama korang kene simpan dinar ni untuk membolehkan naik Haji?

25% x RM 4500.00= RM 1125.00 (kenaikan setahun bagi tahun pertama).
25% x (RM 4500.00 + RM 1125.00) = 25% x RM 5625.00 = RM 1406.25 (kenaikan setahun bagi tahun kedua)
25%x (RM 5625.00 + RM 1406.25)=25% x RM 7031.25 =RM 1725.80 ( kenaikan setahun bagi tahun ketiga)
25% x (RM 7031.25 +RM 1725.80) =25% x RM8789.00= RM 2197.00 (kenaikan setahun bagi tahun ke empat)
25% x (RM 8789.00 + RM 2197.00) = 25% x RM 10986.00= RM 2746.00 (kenaikan setahunbagi tahun kelima).

Jadi total nilai dinar yang anda simpan sejak 5 tahun lepas sudah bernilai RM 10986.00 + RM 2746.00 ialah RM13732.00.

So macam mana lepas tak nak gi Haji? Cepat bukan? Hanya simpanan selama 5-6 tahun dari 10 keping dinar yang anda beli 5 tahun lepas.

Itu kalau Dinar emas 916.
Macam mana pulak kalau membeli Emas 999.9 seperti membeli pamp suisse? Bukan kah lagi cepat naik Haji nyer?

2 ulasan:

  1. Hafeez
    Satu artikel yang menarik untuk dikongsi. Tahniah juga kerana telah memiliki dinar dan menjual pumpswiss. semoga anda terus maju ke hadapan

    BalasPadam
  2. Terima Kasih..jemput2 lah reramai datang yer.

    BalasPadam