Ahad, 15 Februari 2009

Gold Bar Pamp Suisse yang 'available'

Mesti ramai yang masih baru mengenai Gold Bar Pamp Suisse ni. Okay, kat sini aku nak explain sikit jenis-jenis pamp suisse yang ada di pasaran.

FYI, Pamp Suisse ni ada dua jenis gold bar. Satu yang mempunyai gambar Lady Fortuna (beserta dengan certificate berwarna biru ) dan satu lagi berbentuk bujur atau sinonim dengan nama "tembam". Gold Bar tembam ni beserta dengan certificate bewarna merah jambu.

Ni contoh jenis Pamp Suisse 999.9 24K yang korang boleh miliki daripada aku. Yang berwarna biru ni, terdapat dalam 5 jenis berat iaitu serendah 5g, 10g, 20g, 50g, dan 100g. Setiap gram Gold Bar Pamp Suisse ini di seal dengan menggunakan plastic yang berkualiti tinggi dan agak tebal. Dan setiap gram di sertakan dengan nombor batch dan certificate. Jadi nombor certificate tu mesti tally dengan apa yang tertera pada bar emas tersebut.

Gold Bar Pamp Suisse with Lady Fortuna Face


Dan dibawah ini adalah satu lagi jenis Gold Bar Pamp Suisse 999.9 24K yang menjadi kegilaan ramai orang. Ia berbentuk bujur dan tembam. Ianya disertakan dengan certificate/sijil bewarna merah jambu. Pada certificate itu juga terdapat nombor batch yang juga mesti tally pada kedua-dua certificate dan bar tersebut. Cuma yang berbeza dari Gold Bar Pamp Suisse di atas ialah ianya senang di buka dari plasticnya kerana tidak menngunakan sealing yang begitu kuat dan tidak mempunyai gambar Lady Fortuna. Tapi malangnya, ianya hanya mempunyai berat 100g sahaja. Gold Bar Pamp Suisse 999.9 24K berbentuk tembam ini menjadi pilihan ramai orang kerana ianya mudah diterima apabila digadaikan kerana ada pihak bank atau pajak gadai yang tidak menerima Gold Bar yang mempunyai gambar binatang atau perempuan. Walaubagaimana pun, Gold Bar yang berwajah Lady fortuna di atas masih lagi boleh di pajak di Agrobank dimana ia tidak meletakkan sebarang syarat bagi melakukan gadaian.


Gold Bar Pamp Suisse with Pink Certificate. (Courtesy to Jutawanemas.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan